Anote Tong
Anote Tong

Anote Tong

Anote Tong (Cina ringkas: 汤安诺; pinyin: Tāng Ānnuò; lahir 11 Jun 1952) ialah seorang ahli politik I-Kiribati berketurunan Cina. Beliau merupakan Presiden Kiribati kini.Beliau pertama kali memenangi pilihan raya presiden buat kali pertama pada Julai 2003 dengan kemajmukan tipis (47.4%) berbanding abangnya, Dr. Harry Tong (43.5%) dan Banuera Berina (9.1%).[1] Pilihan raya ini dipertikai lawan atas alasan penipuan undi namun tuduhan itu tidak diterima mahkamah. Beliau dilantik kembali untuk penggal kedua dengan mudah pada Oktober 2007 (64% undi).[2] Pada Januari 2012, Tong berjaya mempertahankan jawatannya untuk penggal ketiga, dan terakhirnya.[3] Beliau cuma mendapat 42.2% undi, namun pencabar terdekatnya Tetaua Taitai pula cuma mendapat 35% undi.[3]